IPBA banyak ajar aku tentang kemuliaan keje seorang guru. Hari pertama menjlani kuliah kat sini, kitorang semua ditanya soalan yang sama – “Wny do you want to be a teacher?” – “Why did you chose this profession?”… bagi aku, soalan ni amat mencabar. Terlalu. Tak tau nak jawab pe tapi bagi setiap lecturer yang mengajukn soalan tu aku jawab ; “Teaching is a noble job”.
Sebagai seorang yang penah bekerja selain dari profession keguruan, then belajar menjadi guru dan pernah menjalani latihan praktikal kat skolah, kini baru aku tau nak pegang title guru ni bukanlah perkara mudah macam yang aku sangka sebelum ni. Kalau aku rasa camtu, ape lagi la persepsi orang lain yang selama ni slalu sangat kondem guru-guru kat Malaysia ni.
Dulu aku ingatkan jadi cikgu ni mudah – g skolah, ngajar (yang rasanya bukanlah perkara susah sangat), handle ko-kurikulum, handle program skolah, bg balik skolah tengahari, petang bole tido kat umah, rilek.. rilek.. rilek.. ujung bulan dapat gaji.
Tapi semua tanggapan aku tu salah dan sangat salah!!
Masa belaja nak jadi cikgu ni, baru la aku tau peritnye nak bentuk seorang cikgu. Cikgu kena blaja subjek opsyen dengan jayanye – belajar hingga ke akar umbi, subjek minor pun lbh kurang gtu la jgk, cikgu kena blaja psikologi pendidikan yang sangat banyak to adapt with school environment, cikgu tetap kena blaja pendidikan alam sekitar, pendidikan islam dan moral, cikgu2 ni tetap kena belaja pendidikan jasmani – melompat berlari main gelung, main bola – sama macam time skolah rendah dulu.. dan macam2 lagi la future teacher kena buat sebelum betul lepas nak jadi cikgu.
Keadaan sebenar kat skolah (walaupun aku penah dok skolah 3 bulan je) – datang kena seawal pagi, assembly pagi (hari2) cikgu wajib attend, masuk clas dan mengajar – cikgu praktikal macam aku dulu akan masuk clas sejam je sehari, maksudnya satu class je untuk sehari tapi cikgu betul kena masuk 6 class sehari means 6 jam untuk sehari sesi sekolah. Bayangkan ada cikgu tu kadang-kadang ada waktu bernafas time budak-budak rehat pagi je. Dah abis ngajar, keje cikgu belum tentu abis lagi – mesyuarat sekurang-kurangnya sekali seminggu (selebih-lebihnya kadang2 ari2), setiap rabu confirm ada ko-kurikulum yang semua cikgu wajib attend. Agak rehat biasanya time jumaat je.
Balik umah – petang confirm cikgu tido.. try tanya guru2 Malaysia yang lain. Aku time ngajar dulu, lepas balik skolah, settle keje pape yang patut, then tido… itu pasti. Petang tu kira aktiviti sendiri la kan. Malam – lesson plan (rancangan mengajar) kena buat. Lesson plan ni adalah satu dokumen wajib yang cikgu-cikgu kena buat sebelum masuk class. Apa yang akan di ajar esok, topic ape, apa yg budak2 akan capai, curriculum spec kementerian kena ikut, aktiviti kena ikut student’s level, worksheet kena sediakan (kalau budak 3 level – bijak, sederhana, lemah – maka 3 jenis worksheet la kena buat) – itu untuk satu class, kalau sehari cikgu ajar 5 hingga 6 class?
Dalam class – cikgu tak boleh duduk, cikgu kena pastikan anak murid dapat apa yang dia ajar. Cikgu kena control class. Cikgu kena tahan kerenah budak-budak yang tak seberapa baiknya tu. Cikgu kena uruskan budak pandai yang byk tanya. Kena pastikan budak lemah faham apa yang disampaikan. Kena pastikan diorang tak bergaduh. Masalah nak kencing la, nak berak la, nak kuar g tandas la, nak bertumbuk la… segala pergerakan murid skolah dalam kawasan sekolah semua di bawah tanggungjawab cikgu.
Tu tak kira lagi parents complaint. Tu tak puas ati, ni tak puas ati. Mintak yuran marah, tapi kalau abiskan duit untuk tuisyen anak tak kisah pulak. Padahal, tuisyen tu sekadar buat latih tubi je sedangkan kat skolah la budak2 ni belajar skill idup.
Tapi, ada ke orang nak hargai cikgu? Komplen pasal cikgu ni terrrrrrrrrrrrlalu banyak. Cikgu sibuk nak naik gaji je la. Nak naik gred la. Cikgu tak reti ajar la. Cikgu tak pandai la. Sume masalah setiap insan dalam dunia nak nak dituding pada cikgu. Tapi, pernah ke kita ni nak mencuba dalam sehari untuk menggantikan tempat diorang? Macamana sorang cikgu nak membentuk 40 orang budak yang pelbagai kerenah dan kemampuan untuk menjadi 40 budak yang cemerlang pelajarannya? Tapi, macamana jugak mak bapak mampu nak bentuk sorang anak dia menjadi cemerlang akademiknya tanpa bantuan cikgu?
Aku akan mula mengajar tahun depan. Dan aku sedar perkara ini menakutkan aku. Tapi aku akan pastikan setiap ilmu tu akan aku sampaikan dengan restu dan kasih sayang untuk setiap kanak-kanak yang aku ajar sebab aku mampu menjadi manusia seperti hari ni bukan aje sbb mak abah tapi jugak kerana didikan cikgu.