bosan.. dibosani.. membosankan..
hollaa..
ermm.. tak tau nak bt pe. routine terlalu konsisten. kurang menarik..
petang2 lepas sekolah macam ni mmg tak tau nak bt pe selain tido. lepas lunch kat kedai pakcik zali, trus blk umah... aktiviti biasa - laundry, mandi, zuhur, tido atau online atau bt keje skolah, ptg sikit kuar umah bakar sampah (hobi baru aku kat sini).. slama ni tak pnh pun bakar sampah, tetiba kat sini dpt sawan bakar sampah plk. kalau tak bakar sampah, lepak je la. layan anak jiran bernama along yang sungguh bijak mulutnye.. dia je la kawan kitorang kat sini. cikgu yang dok ujung tu bukan nak kawan ngan orang. ooops.. namanye cikgu tapi tak mesra alam langsung.
klu lapar petang2, kitorang g la lepak kat kedai mak ngah kat kuala medang nih. makan goreng pisang ke laksa ke yang bole tahan la rasanye.. and kat kampung ni kitorang je (aku & ema) yang lepak kedai. pompuan lain mana ade. sama la jgk klu aku kat umah. takkan la aku nak lepak kat kedai makan kat simpang tu kan..
mujur jugak la jiran ujung belah sana rajin jugak ajak g beraktiviti dengan org kampung & penah la aku join skali. sronok sbnrnye tapi sehari selepas aku join tu adalah hari pasar malam. jadi, tumpuan aku lebih kepada mengunjungi pasar malam di waktu petang rabu.
jam 7 adalah waktu yang dinanti..
cepat mandi, maghrib dan yang paling aku banggakan adalah aku lebih banyak mengaji di sini. utk memenuhi masa sebelum isyak kerana lepas tu kitorang dah bsedia utk tido dan berjumpa dengan hari esok...
tu la kebiasaannya.. tapi hari ni aku di depan laptop mengetuk kekunci papan kekunci lagi. kejap lagi mungkin tido kot. memikirkan hari esok yg akan berlalu agak cepat sebab kitorang ada mesyuarat PIBG petang esok. seperti biasa, aku dah dapat jawatan tetap dan berpencen dlm organisasi kokurikulum kat skolah ni - mengacarakan majlis!! tahniah.. org bole borak2 time majlis, aku kena la dok buat muka prihatin dan fokus kepada acara..
ema mungkin dah tido kat bilik sebelah.. aku juga perlu menikmati saat ni..
ada masa nanti aku bercerita...



0 comments :
Post a Comment