dyllicious.DYLLICIOUS.dyllicious

dyllicious.DYLLICIOUS.dyllicious

Thursday, October 30, 2008

Bukan mudah jadi Cikgu 1

Kenapa aku sertai bidang pendidikan? Menjadi guru bukan la cita2 sebenar aku. Minat pun rasanya tak cenderung sangat ke arah industri ni. Azam aku lepas grad dulu just nak dapatkan keje bagus, duit, kete, harta dan menjadi cikgu bukanlah salah satu daripada pilihan yang aku senaraikan.

Aku mula keje kat Hotel Sri Malaysia Temerloh dalam bulan puasa 2007. My former practical supervisor, Kak Zai offer aku untuk ganti post dia kat situ sebab dia nak benti keje dan start business sendiri. Aku setuju dan memulakan keje dengan belajar, observed dan belajar. Dapat offer lain, aku bla dr HSM and join my former boss at S.Siva & Co. It is a legal firm. Dan duit gaji bukanlah factor utama peralihan aku masa tu. Dalam tengah keje kat legal firm tu, akak aku sibuk pasal KPLI n my mum asked me to do the same. Aku buat aje seperti yang disarankan – apply pin no., online form and tunggu MTest.

Aku p MTest pada hari yang sama kawan ofis aku kawin. Aku ingat sangat time tu sebab aku jawab exam cepat2 dan nak pastikan aku tak terlambat time pengantin berarak. (Farah yang mintak KPLI pun tak dapat amik test sbb dia kawin laaaa…). MTest bulan 5, tak lama pastu dapat interview. On July 2007, aku p interview kat Maktab K.Lipis. Agak jauh la sbb tak biasa pegi tempat tu. Interview on Tuesday, but from Sunday to Monday before that I was in KL – hang out wif my bf ( it was at that time) and shoppingggggggg… tak sedar diri betul ketika itu.

Lepas interview, aku keje macam biasa tanpa apa2 persepsi bahawa aku akan diterima untuk KPLI nih. Tapi pada 19.12.2007, result KPLI kuar dan aku dapat this course and will be placed at Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa(IPBA). Opsyen: Pengajian Inggeris. Aku terima dengan hati gembira. Orang dpt KPLI, aku dapat jugak tapi aku pegi dengan jiwa, dada dan otak yang kosong tanpa sebarang pengetahuan tentang bidang ni apatah lagi aku ni bukan la master dalam bahasa kedua Negara kita ni.

sambung next entry la eh.. tiba2 rasa nak tido..

0 comments :